Monday, January 7, 2008

KENALI KOMPUTER (Bhg 2.)

MONITOR

Skrin yang anda tatap terdapat dalam dua jenis iaitu CRT (tiub sinar katod) dan panel yang rata. Monitor CRT berfungsi sebagaimana set televisyen -- alat pemancar elektron di belakang memancar elektron pada fosfor berwarna yang terdapat di sebelah dalam kaca hadapan, menjadikannya menyala. Seperti juga TV, monitor diukur secara garis pepenjuru (menyilang), tetapi ukurannya tidak pernah tepat. Sebagai contoh, monitor berukuran 15 inci tidak akan memaparkan gambar dengan ukuran yang sama; sebaliknya ia lebih kurang 14 inci atau mungkin 13.5 inci sahaja.

Sejak akhir-akhir ini skrin dengan panel rata menjadi semakin popular untuk komputer meja. Panel seperti ini menggunakan teknologi TFT (thin film transistor) yang sama dengan skrin komputer riba (laptop) bertaraf tinggi (skrin ini juga dipanggil "active-matrix displays"). Setiap dot yang berwarna adalah transistor berasingan yang "menyala" dan "padam" untuk membentuk imej. Skrin Panel rata mempunyai banyak kelebihan, antaranya ia mengambil ruang meja yang kurang berbanding CRT, menggunakan kurang kuasa elektrik dan paparannya lengkap tanpa-kelip (flicker-free). Namun begitu, dari segi kos, panel rata masih berharga tinggi, lebih kurang sekali ganda harga skrin CRT dengan saiz yang sama.

PAPAN KEKUNCI (Keyboard)

Rekaletak papan kekunci mungkin merupakan sesuatu yang paling tua pada komputer anda. Rekaletak QWERTY (dinamakan daripada rangkaian enam huruf pertama pada barisan atas) telah direka pada 1868 oleh Christopher Sholes, pencipta mesin taip.

Setiap kali anda menekan kekunci, ia menutup suis yang menghantar kod kepada sistem BIOS (basic input-output system). BIOS mengenalpasti sama ada anda menaip huruf, menekan kekunci Shift, Alt atau Ctrl sambil menaip huruf untuk mencipta aksara yang ber-Shift, ber-Alt atau ber-Crlt, atau menekan kekunci arahan (seperti F1), dan menghantar maklumat kepada program yang anda sedang gunakan.

Terdapat banyak ergonomik (sains merekabentuk peranti, aturcara dan sistem) di pasaran, dengan rekabentuk yang meringankan tekanan menaip dan menghindarkan penyakit-penyakit berkaitan penggunaan komputer seperti kecederaan akibat ketegangan yang berulang. Terdapat percanggahan terhadap sama ada mana-mana papan kekunci pilihan ini dapat memberikan kebaikan dan faedah kepada anda.

Dalam pada itu terdapat beberapa cadangan terhadap langkah-langkah asas yang anda boleh lakukan agar dapat menaip secara sihat dan selesa. Ubahsuai ketinggian kerusi dan meja anda supaya lengan bawah anda selari dengan lantai dan pergelangan tangan anda sama rata dengan dengan papan kekunci. Tetapkan pergelangan tangan anda agar lurus dan sejajar dengan lengan bawah anda; jangan bengkokkan kesebelah atau lengkukkan jari anda untuk menekan kekunci. Dan jangan menaip dengan pergelangan tangan anda "rehat" atas meja.

TETIKUS (Mouse)

Tetikus komputer direka di the Xerox Palo Alto Research Center (PARC) oleh Douglas Engelbert. Steve Jobs dari Apple Computer telah terlihat tetikus Engelbert semasa melawat Xerox PARC dan bermulalah sejarah. Tetikus adalah faktor utama ke arah pengkomputeran visual.

Secara umumnya semua titikus sama fungsinya: sebiji bebola kecil berputar apabila anda menggerakkan tetikus. Bebola tersebut menggerakkan dua "roda" dalaman, satu untuk pergerakan menegak dan satu lagi untuk pergerakan mendatar. Bebola tersebut perlu dikeluarkan dan dibersihkan jika perlu, dan buangkan kotoran yang melekat pada kedua-dua roda tersebut (anda boleh gunakan putik kapas dan sedikit "thinner"). Namun perkembangan teknologi hari ini telah menghasilkan tetikus yang menggunakan sensor, tanpa bebola.

KAYU BEDIK (Joystick)

KAYU BEDIK (joystick) digunakan untuk mengawal pergerakan di skrin dalam permainan komputer. Ia memberikan tiga jenis informasi kepada komputer: pergerakan mendatar, pergerakan menegak, dan isyarat tutup-buka (on-off) apabila butang ditekan. Kayu bedik direka bagi membolehkan pemain-pemain penyelaku penerbangan (flight-simulator) mendapat kawalan tambahan yang dipanggil "top hat" di bahagian atas kayu, berupa set tambahan kawalan mendatar dan menegak menggunakan ibu jari.

Kayu bedik pernah menjadi satu-satunya alat kawalan terpenting bagi pemain-pemain komputer, namun alat kawalan jenis lain juga semakin popular. Untuk permainan lumba, telah ada roda pengemudi (yang datang dengan pedal kaki berasingan untuk pecutan dan brek). Dan bagi pemain yang biasa dengan "PlayStation" dan "Nintendo", terdapat pad permainan PC dengan rekaletak butang yang menyerupai alat kawalan yang mudah.

PEMACU CAKERA PADAT

Pemacu ini boleh jadi pemacu CD-ROM atau DVD-ROM. CD-ROM boleh menyimpan 650 megabait maklumat; DVD-ROM boleh menyimpan sehingga 4.7 gigabait (hampir tujuh kali ganda lebih). Kekurangan yang ketara adalah pemacu CD hanya boleh membaca CD, sementara pemacu DVD boleh membaca CD dan DVD. Teknologinya sama, namun kapasiti yang lebih pada DVD bermakna anda boleh memuatkan keseluruhan wayang gambar (filem) dalam satu cakera. Anda juga boleh memuatkan banyak perisian, grafik dan fail multimedia yang biasa digunakan oleh syarikat-syarikat penerbitan.

PEMACU CAKERA LIUT

Cakera liut (disket) digunakan untuk menyimpan fail-fail yang kecil dan memindahkannya dari satu komputer ke satu komputer yang lain. Cakera liut telah berubah kepada saiz yang lebih kecil tapi dengan kapasiti yang lebih besar, dalam sejarah komputer peribadi. Daripada bersaiz 8 inci, dikecilkan kepada 5.25 inci dengan kapasisi 1.2 megabait hinggalah saiz standard 3.5 inci yang berupaya menyimpan 1.44 megabait.

Pelbagai usaha telah dibuat untuk mereka cakera yang mempunyai kapasiti penyimpanan yang lebih tinggi. Imation SuperDisk berupaya menyimpan sebanyak 120 megabait, Sony HiFD pula dapat menyimpan 200 megabait dalam cakera khasnya, dan kedua-dua pemacu masih berupaya membaca cakera liut 1.44 megabait.

PEMBESAR SUARA

back - Hari ini komputer boleh memainkan CD audio dan melancarkan program-program dengan kualiti penataan bunyi filem yang hebat. Sepasang pembesar suara yang baik penting bagi merasai keseronokannya sistem bunyi teknologi tinggi. Tidak seperti pembesar suara stereo biasa, pembesar suara komputer siap dibina dengan penguat bunyi dalaman. Ia juga mempunyai penghadang magnetik yang membolehkannya diletakkan sebelah monitor tanpa menjejaskan visual pada monitor dan gangguan bunyi pada pembesar suara.

Dua pembesar suara mencukupi untuk komputer urusan perniagaan, namun jika anda mahukan keseronokan audio yang lebih, atau kesan bunyi yang hebat untuk permainan komputer, sistem bunyi yang dilengkapi pengganti alat pembesar suara (subwoofer) amat memadai. Alat ini mengeluarkan bunyi bes yang dalam dan bergema.

STORAN MUDAH ALIH KAPASITI TINGGI

back - Cakera liut boleh memuatkan 1.44 megabait data? Banyak, namun bukanlah satu kuantiti yang cukup besar. Kadangkala anda memerlukan peranti storan mudah alih yang mampu menyimpan kuantiti yang lebih besar, bagi membawa foto-foto digital dari satu mesin ke mesin yang lain dengan segera atau untuk membuat salinan bantuan (backup copies) kesemua fail. Ketika inilah perlunya peranti storan mudah alih berkapasiti tinggi.

Kartrij cakera mudah alih adalah antara alternatif yang terbaik; berupa sebuah pemacu keras yang bila-bila masa boleh muncul dalam sistem anda apabila di pasang. Versi yang paling popular adalah keluaran Iomega Corp, dinamakan pemacu Zip, yang boleh menyimpan 100 hingga 250 megabait dalam satu kartrij.

No comments: