Monday, January 7, 2008

Hacker dan Cracker

Definisi

Mengikut definisi penulis buku Maximum Security, Hacker's Guide to Protectinq Your internet Site and Network, hacker dan cracker adalah dua individu berbeza dari sudut etika, bagaimanapun boleh menjadi sebagai satu individu.

Hacker
Hacker ialah seseorang yang mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu OS. Beliau selalunya adalah seorang pengaturcara komputer atau jurutera sistem yang 'advance' dalam sesuatu sistem komputer sehingga mampu mengenalpasti kelemahan-kelemahan sistem berkenaan melalui kaedah uji cuba yang dilakukan beliau maklumat yang di perolehi ini selalunya dikngsi secara terbuka melalui artikel-artikel yang ditulis dan dihantar kepada penerbit untuk siaran. Etika Hacker ialah tidak akan merosakkan sesuatu sistem dengan sengaja!!.

Cracker
Cracker pula adalah mereka yang sengaja memecah masuk ke dalam sesuatu sistem atas tujuan khianat, sabotaj dan sebagainya. Keupayaan mereka adalah sama dengan hacker cuma yang membezakan ialah etika mereka. Cracker mudah dikenali berdasarkan tindakan mereka yang agresif dan merbahaya.

Kaedah individu-individu ini memasuki ke dalam sesuatu sistem adalah berbagai. Teknik utama mereka ialah melalui password cracking. Bagaimanapun terdapat banyak kaedah lain yang lebih cepat yang digunakan mereka terutama dengan menguji cuba kelemahan sesuatu sistem melalui penghantaran arahan-arahan elektronik secara jauh terhadap sistem keselamatan mangsa.

Dalam ruang ini, kaedah password cracking sahaja akan diulas memandangkan ianya adalah kaedah biasa dan sering digunakan di semua platform. Kaedah-kaedah alternatif lain tidak akan dibincang memandangkan tekniknya tidak sama untuk setiap sistem dan memerlukan penerangan yang terperinci serta memakan masa (juga bahaya!).

No comments: