Thursday, January 31, 2008

Khamis - 31 Jan. 2008

hari ni kami samb. balik sniffer......
cari dia....
pilih dia....
guna dia....
pastu minggu depan bentang dia pula....

Rabu - 30 Jan. 2008

sepatutnya kami belajar tentang fiber optic hari ini tp x jadi.....
diganti pula dengan sniffer........
belajar nak jadi jahat sedikit.....
hehehehehehe..........

Tuesday, January 29, 2008

Selasa - 29 Jan. 2008

kami sepatutnya belajar nak buat fiber optic connetion secara pratikal......
tapi ditunda pada hari esok......
jadi hari ini kami belajar tentang fiber optic secara teori dulu......

Isnin - 28 Jan. 2008

kami belajar tentang cisco router protocol......
secara basic aje.......
x susah sangat nak faham......

Friday, January 25, 2008

Jumaat - 25 Jan. 2008

kami buat sambungan balik configuration cisco router.......
sebab ada yang x boleh nak "ping"........
kena buat juga sampai bole........

Khamis - 24 Jan. 2008

hari ini kami diajar buat configuration cisco router.....
best giler masa buat tu....
tapi masa "ping" tu yg x best.....
ada yang jadi, ada yang x....
kena cuba lagi.......

Wednesday, January 23, 2008

Rabu - 23 Jan. 2008

hari ni kami diajar buat kabel utp.......
sakit jari-jari aku ni.....
tak pa.....
tahan jelah....
nak belajar network mesti ambil tau......

Selasa - 22 Jan. 2008

hari ni cik munirah ajar tentang cisco router....
cam mana nak configuration router......
secara teori dan pastu config. secara simulasi.....

Friday, January 18, 2008

Jumaat - 18 Jan. 2008

hari ni kami cuti sekejap dari belajar.....
break day cam tu.....
hari selasa start balik...

Thursday, January 17, 2008

Khamis - 17 Jan. 2008

hari ni en. kamal bg latihan tentang ip subnetting....
pening jg nak buat......
faham lebih juga daripada semalam.....

Wednesday, January 16, 2008

Rabu - 16 Jan. 2008

hari ni en. kamal ajar tentang ip subnetting.......
pening jg kepala nak buat pengiraan dia.....
nasib baik lah en. kamal , cik munirah dan member-member ajar sedikit....
boleh lah faham jg.....

Tuesday, January 15, 2008

Selasa - 15 Jan. 2008

cik munirah bg refresh balik tentang IP.......
ada tugasan dia bg......
cari maklumat tentang switch, router dan DHCP......
ptg ni kena bentang tugasan yang en. kamal bg semalam.....

Isnin - 14 / 01 / 2008

hari ini en. kamal ajar tentang cryptography......
pastu dia suruh kami buat cyptography sendiri
pastu esoknya bentang......

Friday, January 11, 2008

Jumaat - 11 Jan. 2008

Hari ini kami bincang tentang movie yg kami tgk pd hari rabu lalu.......
pas tu en. kamal tunjuk sedikit cara nak hack website org......
pas ni bole cuba kat website lain pula.....
hehhehheh........ :P

Wednesday, January 9, 2008

Rabu - 9 Jan. 2008

Hari ini En. Kamal bagi penerangan sedikit tentang network security.......
Semalam dia ajar tentang IP, IP classes......
Mungkin ptg ni kami tgk movie tentang hacker.....
Dan esok cuti awal muharam....
heheheheheh :)

Tuesday, January 8, 2008

IP - Internet Protocol

Definition: IP is the primary network protocol used on the Internet, developed in the 1970s. On the Internet and many other networks, IP is often used together with the Transport Control Protocol (TCP) and referred to interchangeably as TCP/IP.

IP supports unique addressing for computers on a network. Most networks use the IP version 4 (IPv4) standard that features IP addresses four bytes (32 bits) in length. The newer IP version 6 (IPv6) standard features addresses 16 bytes (128 bits) in length.

Data on an IP network is organized into packets. Each IP packet includes both a header (that specifies source, destination, and other information about the data) and the message data itself.

IP functions at layer 3 of the OSI model.

Monday, January 7, 2008

Hacker dan Cracker

Definisi

Mengikut definisi penulis buku Maximum Security, Hacker's Guide to Protectinq Your internet Site and Network, hacker dan cracker adalah dua individu berbeza dari sudut etika, bagaimanapun boleh menjadi sebagai satu individu.

Hacker
Hacker ialah seseorang yang mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu OS. Beliau selalunya adalah seorang pengaturcara komputer atau jurutera sistem yang 'advance' dalam sesuatu sistem komputer sehingga mampu mengenalpasti kelemahan-kelemahan sistem berkenaan melalui kaedah uji cuba yang dilakukan beliau maklumat yang di perolehi ini selalunya dikngsi secara terbuka melalui artikel-artikel yang ditulis dan dihantar kepada penerbit untuk siaran. Etika Hacker ialah tidak akan merosakkan sesuatu sistem dengan sengaja!!.

Cracker
Cracker pula adalah mereka yang sengaja memecah masuk ke dalam sesuatu sistem atas tujuan khianat, sabotaj dan sebagainya. Keupayaan mereka adalah sama dengan hacker cuma yang membezakan ialah etika mereka. Cracker mudah dikenali berdasarkan tindakan mereka yang agresif dan merbahaya.

Kaedah individu-individu ini memasuki ke dalam sesuatu sistem adalah berbagai. Teknik utama mereka ialah melalui password cracking. Bagaimanapun terdapat banyak kaedah lain yang lebih cepat yang digunakan mereka terutama dengan menguji cuba kelemahan sesuatu sistem melalui penghantaran arahan-arahan elektronik secara jauh terhadap sistem keselamatan mangsa.

Dalam ruang ini, kaedah password cracking sahaja akan diulas memandangkan ianya adalah kaedah biasa dan sering digunakan di semua platform. Kaedah-kaedah alternatif lain tidak akan dibincang memandangkan tekniknya tidak sama untuk setiap sistem dan memerlukan penerangan yang terperinci serta memakan masa (juga bahaya!).

KENALI KOMPUTER (Bhg 2.)

MONITOR

Skrin yang anda tatap terdapat dalam dua jenis iaitu CRT (tiub sinar katod) dan panel yang rata. Monitor CRT berfungsi sebagaimana set televisyen -- alat pemancar elektron di belakang memancar elektron pada fosfor berwarna yang terdapat di sebelah dalam kaca hadapan, menjadikannya menyala. Seperti juga TV, monitor diukur secara garis pepenjuru (menyilang), tetapi ukurannya tidak pernah tepat. Sebagai contoh, monitor berukuran 15 inci tidak akan memaparkan gambar dengan ukuran yang sama; sebaliknya ia lebih kurang 14 inci atau mungkin 13.5 inci sahaja.

Sejak akhir-akhir ini skrin dengan panel rata menjadi semakin popular untuk komputer meja. Panel seperti ini menggunakan teknologi TFT (thin film transistor) yang sama dengan skrin komputer riba (laptop) bertaraf tinggi (skrin ini juga dipanggil "active-matrix displays"). Setiap dot yang berwarna adalah transistor berasingan yang "menyala" dan "padam" untuk membentuk imej. Skrin Panel rata mempunyai banyak kelebihan, antaranya ia mengambil ruang meja yang kurang berbanding CRT, menggunakan kurang kuasa elektrik dan paparannya lengkap tanpa-kelip (flicker-free). Namun begitu, dari segi kos, panel rata masih berharga tinggi, lebih kurang sekali ganda harga skrin CRT dengan saiz yang sama.

PAPAN KEKUNCI (Keyboard)

Rekaletak papan kekunci mungkin merupakan sesuatu yang paling tua pada komputer anda. Rekaletak QWERTY (dinamakan daripada rangkaian enam huruf pertama pada barisan atas) telah direka pada 1868 oleh Christopher Sholes, pencipta mesin taip.

Setiap kali anda menekan kekunci, ia menutup suis yang menghantar kod kepada sistem BIOS (basic input-output system). BIOS mengenalpasti sama ada anda menaip huruf, menekan kekunci Shift, Alt atau Ctrl sambil menaip huruf untuk mencipta aksara yang ber-Shift, ber-Alt atau ber-Crlt, atau menekan kekunci arahan (seperti F1), dan menghantar maklumat kepada program yang anda sedang gunakan.

Terdapat banyak ergonomik (sains merekabentuk peranti, aturcara dan sistem) di pasaran, dengan rekabentuk yang meringankan tekanan menaip dan menghindarkan penyakit-penyakit berkaitan penggunaan komputer seperti kecederaan akibat ketegangan yang berulang. Terdapat percanggahan terhadap sama ada mana-mana papan kekunci pilihan ini dapat memberikan kebaikan dan faedah kepada anda.

Dalam pada itu terdapat beberapa cadangan terhadap langkah-langkah asas yang anda boleh lakukan agar dapat menaip secara sihat dan selesa. Ubahsuai ketinggian kerusi dan meja anda supaya lengan bawah anda selari dengan lantai dan pergelangan tangan anda sama rata dengan dengan papan kekunci. Tetapkan pergelangan tangan anda agar lurus dan sejajar dengan lengan bawah anda; jangan bengkokkan kesebelah atau lengkukkan jari anda untuk menekan kekunci. Dan jangan menaip dengan pergelangan tangan anda "rehat" atas meja.

TETIKUS (Mouse)

Tetikus komputer direka di the Xerox Palo Alto Research Center (PARC) oleh Douglas Engelbert. Steve Jobs dari Apple Computer telah terlihat tetikus Engelbert semasa melawat Xerox PARC dan bermulalah sejarah. Tetikus adalah faktor utama ke arah pengkomputeran visual.

Secara umumnya semua titikus sama fungsinya: sebiji bebola kecil berputar apabila anda menggerakkan tetikus. Bebola tersebut menggerakkan dua "roda" dalaman, satu untuk pergerakan menegak dan satu lagi untuk pergerakan mendatar. Bebola tersebut perlu dikeluarkan dan dibersihkan jika perlu, dan buangkan kotoran yang melekat pada kedua-dua roda tersebut (anda boleh gunakan putik kapas dan sedikit "thinner"). Namun perkembangan teknologi hari ini telah menghasilkan tetikus yang menggunakan sensor, tanpa bebola.

KAYU BEDIK (Joystick)

KAYU BEDIK (joystick) digunakan untuk mengawal pergerakan di skrin dalam permainan komputer. Ia memberikan tiga jenis informasi kepada komputer: pergerakan mendatar, pergerakan menegak, dan isyarat tutup-buka (on-off) apabila butang ditekan. Kayu bedik direka bagi membolehkan pemain-pemain penyelaku penerbangan (flight-simulator) mendapat kawalan tambahan yang dipanggil "top hat" di bahagian atas kayu, berupa set tambahan kawalan mendatar dan menegak menggunakan ibu jari.

Kayu bedik pernah menjadi satu-satunya alat kawalan terpenting bagi pemain-pemain komputer, namun alat kawalan jenis lain juga semakin popular. Untuk permainan lumba, telah ada roda pengemudi (yang datang dengan pedal kaki berasingan untuk pecutan dan brek). Dan bagi pemain yang biasa dengan "PlayStation" dan "Nintendo", terdapat pad permainan PC dengan rekaletak butang yang menyerupai alat kawalan yang mudah.

PEMACU CAKERA PADAT

Pemacu ini boleh jadi pemacu CD-ROM atau DVD-ROM. CD-ROM boleh menyimpan 650 megabait maklumat; DVD-ROM boleh menyimpan sehingga 4.7 gigabait (hampir tujuh kali ganda lebih). Kekurangan yang ketara adalah pemacu CD hanya boleh membaca CD, sementara pemacu DVD boleh membaca CD dan DVD. Teknologinya sama, namun kapasiti yang lebih pada DVD bermakna anda boleh memuatkan keseluruhan wayang gambar (filem) dalam satu cakera. Anda juga boleh memuatkan banyak perisian, grafik dan fail multimedia yang biasa digunakan oleh syarikat-syarikat penerbitan.

PEMACU CAKERA LIUT

Cakera liut (disket) digunakan untuk menyimpan fail-fail yang kecil dan memindahkannya dari satu komputer ke satu komputer yang lain. Cakera liut telah berubah kepada saiz yang lebih kecil tapi dengan kapasiti yang lebih besar, dalam sejarah komputer peribadi. Daripada bersaiz 8 inci, dikecilkan kepada 5.25 inci dengan kapasisi 1.2 megabait hinggalah saiz standard 3.5 inci yang berupaya menyimpan 1.44 megabait.

Pelbagai usaha telah dibuat untuk mereka cakera yang mempunyai kapasiti penyimpanan yang lebih tinggi. Imation SuperDisk berupaya menyimpan sebanyak 120 megabait, Sony HiFD pula dapat menyimpan 200 megabait dalam cakera khasnya, dan kedua-dua pemacu masih berupaya membaca cakera liut 1.44 megabait.

PEMBESAR SUARA

back - Hari ini komputer boleh memainkan CD audio dan melancarkan program-program dengan kualiti penataan bunyi filem yang hebat. Sepasang pembesar suara yang baik penting bagi merasai keseronokannya sistem bunyi teknologi tinggi. Tidak seperti pembesar suara stereo biasa, pembesar suara komputer siap dibina dengan penguat bunyi dalaman. Ia juga mempunyai penghadang magnetik yang membolehkannya diletakkan sebelah monitor tanpa menjejaskan visual pada monitor dan gangguan bunyi pada pembesar suara.

Dua pembesar suara mencukupi untuk komputer urusan perniagaan, namun jika anda mahukan keseronokan audio yang lebih, atau kesan bunyi yang hebat untuk permainan komputer, sistem bunyi yang dilengkapi pengganti alat pembesar suara (subwoofer) amat memadai. Alat ini mengeluarkan bunyi bes yang dalam dan bergema.

STORAN MUDAH ALIH KAPASITI TINGGI

back - Cakera liut boleh memuatkan 1.44 megabait data? Banyak, namun bukanlah satu kuantiti yang cukup besar. Kadangkala anda memerlukan peranti storan mudah alih yang mampu menyimpan kuantiti yang lebih besar, bagi membawa foto-foto digital dari satu mesin ke mesin yang lain dengan segera atau untuk membuat salinan bantuan (backup copies) kesemua fail. Ketika inilah perlunya peranti storan mudah alih berkapasiti tinggi.

Kartrij cakera mudah alih adalah antara alternatif yang terbaik; berupa sebuah pemacu keras yang bila-bila masa boleh muncul dalam sistem anda apabila di pasang. Versi yang paling popular adalah keluaran Iomega Corp, dinamakan pemacu Zip, yang boleh menyimpan 100 hingga 250 megabait dalam satu kartrij.

Perkakasan Komputer

1.0 KEGUNAAN KOMPUTER

Kegunaan komputer utama komputer terbahagi kepada dua :

i) AM
Kegunaan am seperti menaip (Wordprocessor), membuat grafik (Graphics), akaun (Accounting Systems)

ii) KHAS
Seperti mengawal lampu isyarat, cuaca dan lain-lain.

2.0 SISTEM KOMPUTER

Sistem utama komputer terbahagi kepada 4 bahagian :

i) Input (Kemasukkan data)

ii) Unit Pemprosesan Pusat (UPP) atau Central Processing Unit (CPU)

iii) Storan (Penyimpanan data)

iv) Output (Keputusan data / Hasil )

INPUT -> CPU (Proses) -> OUTPUT
|
STORAN

Input yang dihantar ke Unit Pemproses Pusat (UPP) akan diproses lalu dihantar ke Output atau disimpan di dalam storan.

3.0 INPUT

Input adalah dimana data dimasukkan. Ia terdapat dalam berbagai bentuk :

i) Papan Kekunci (Keyboard)

Ia adalah yang paling popular. Terdapat dalam 101 kekunci atau 104 kekunci. Ia hampir sama dengan mesin taip, bezanya, Ia mempunyai kekunci-kekunci khas seperti tab, Shift, Ctrl, Page Up, Page Down, Backspace dan lain-lain serta kekunci fungsi iaitu F1-F12

ii) Tetikus (Mouse)

Ia kerapkali digunakan bersama dengan aplikasi Windows. Terdapat dalam berbagai jenis :

a) Tetikus 2 button
b) Tetikus 3 button
c) Track Ball ( untuk komputer buku (notebook))
d) Active Pad

iii) Touch Screen

Sejenis screen yang aktif bila disentuh

iv) Light Pen

Sejenis pen elektronik yang digunakan didalam melukis grafik atau pelan (CAD)

v) Optical Character Reader (Pembaca Aksara Optik)

Ia dapat membaca karbon pensil dan hampir sama seperti kegunaan dalam bar code reader dalam barangan.

vi) Magnetic Ink Color (Pembaca Dakwat Magnetik)

Ia digunakan dalam membaca cek.

vii) Joystick (Kayu Ria)

Digunakan dalam permainan video. Berfungsi lebih cepat dari papan kekunci dan berupaya berpusing 360 darjah.

viii) Voice Input System

Menggunakan pembesar suara dan microfon

ix) Pad Pendigit

Lukisan boleh dibuat di atas pad ini dan dihantar ke komputer

x) Kad Tebuk

Ia adalah input pertama yang pernah digunakan. Ia selalunya diguna pada komputer jenis kerangka utama (Mainframe). Terdiri dari turus 96 dan 80. Satu turus mewakillik satu abjad. Diguna secara ‘off-line’. Ia terpaksa disusun mengikut turutan untuk diproses.

4.0 UNIT PEMPROSESAN PUSAT (UPP) / CENTRAL PROCESSING UNIT (CPU)

CPU adalah tempat pemprosesan data berlaku. CPU terbahagi kepada 2 unit utama

i) Unit Kawalan

Unit kawalan adalah unit paling utama dimana ia digunakan untuk :

a) Mengawal aliran data
b) Mengawal langkah-langkah aturcara
c) Mengeluarkan arahan kepada unit-unit lain (input, output atau storan)

ii) Unit Arithmetik Logik

Ia adalah bertujuan untuk membuat perbandingan atau operasi logik

5.0 OUTPUT

Output adalah dimana hasil keputusan pemproses dihantar untuk rujukan. Ia terdiri dari :

i) Skrin (Monitor)

Terbahagi kepada beberapa jenis :
a) Color Graphics Adapter (CGA)
- 320 x 200 pixel (16K warna)
b) Enhanced Graphics Adapter (EGA)
- 640 x 360 pexel (64K warna)
c) Video Graphics Array (VGA)
- 1024 x 768 poxel (256K warna)
d) Enhanced Super Video Graphics Array (ESVGA)
- 16M warna

* pixel = picture element

ii) Pencetak (printer)

Ia juga terdiri dari 2 jenis :

a) Pencetak Hentaman (Impact)
Dot Matrik
- Mencetak bising
- 30-600 huruf per saat
- Mencetak dari kiri ke kanan (bidirectional printing)
- Mampu mencetak grafik
- Tidak menyokong cetakkan warna
Daisy Wheel
- Melakukan cetakkan melalui piring yang diperbuat dari besi atau plastik
- 300-600 huruf per saat
- Juga bising ketika mencetak

b) Pencetak Tidak Hentam (Non Impact)
Thermal
- Menggunakan haba
- 10-80 huruf / saat
- Menggunakan kertas yang mahal
- Kepala cetakkan istimewa
Elektrosensitive
- setanding dengan thermal
- agak bising
- Membentuk huruf melalui percikan kepada kepala cetak ke kertas
- 160 aksara (huruf) / saat
Ink Jet
- Agak mahal
- Mampu mencetak warna
- Selalunya digunakan untuk peribadi
Laser
- 18000 baris / minit
- Mahal
- Senyap ketika mencetak
- Mampu mencetak warna
- Digunakan dipejabat
- Menggunakan laser dan toner

Membeli pencetak :

  • Kelajuan
  • Kualiti cetakkan
  • Bunyi
  • Sokongan perisian
  • Penggunaan dakwat
  • Tulisan (fonts) yang disediakan

6.0 STORAN

Storan adalah tempat penyimpanan data. Diukur dalam skala Bit, Bait, Kilobait, Megabait, Gigabait dan Terabait (Bit, Byte, Kilobyte, Megabyte, Gigabyte and Terabyte) . Ia terbahagi kepada dua :

i) Storan Utama (Primer Storage)

a) Memori (Memory)
Ia adalah ingatan utama komputer. Terbahagi kepada dua;
i) Read Only Memory (ROM) / Memori Baca Sahaja
Ia ditanam secara kekal didalam cip memori dan hanya untuk dibaca sahaja.
ii) Random Access Memori (RAM) / Memori Capaian Rawak
Ia adalah ingatan sementara. Apabila tiada bekalan kuasa ia akan terpadam. Ia boleh ditambah dengan membeli cip memori tambahan (2M, 4M, 8M, 16M, 32M)

b) Cache Memory
Didapati daripada cip tambahan di CPU secara external (luaran) atau internal (dalaman).

ii) Storan Sekunder (Secondary Storage)

Ia boleh disimpan secara kekal. Mampu menyimpan lebih banyak data dari memori RAM. Walaupun begitu, capaiannya agak lambat.

a) Cakera Magnetik

Disaluti oleh ‘Ferrous Oxide’ yang memegang cas elektro magnetik.
Menggunakan kod ASCII dan EBCDEC
Dibahagi mengikut sektor (1 sector = 512 byte)
Data-data disimpan mengikut track (File Allocationm Table (FAT) yang dibuat oleh Sistem Pengoperasian. Terbahagi kepada beberapa jenis ;
i) Cakera Keras / Cakera Liat (HardDisk)
Mempunyai keupayaan menyimpan data dari 40 Megabyte - 4.5 Gigabyte
ii) Cakera Liut (Floppy Disk)
Terbahagi kepada dua saiz :
*) 5 ¼ inci
Mampu meyimpan data sebanyak 360K (Double Density) dan 1.2M (High Density)
**) 3.5 inci
Mampu menyimpan data sebanyak 720K (Double Density) dan 1.44M (High Density)

b) CD-ROM (Compact Disk -Read Only Memory)

Ia mampu menyimpan data dari 600M - 650M. Hanya boleh dibaca sahaja. Selalunya digunakan dalam industri multimedia. Keluaran terbaru ialah CD-RW (Compact Disk - Read Write). Ia boleh dibaca dan ditulis bagi menyimpan data multimedia.

c) Pita Magnetik

Ia seperti gulungan filem. Disaluti oleh ‘iron oxide’ dan berukuran ½ inci lebar dan berdiameter 10 ½ inci.

Selalunya digunakan bagi membuat data pendua (backup). Data yang disimpan dicapai dengan cara jujukan.

7.0 CIP

Cip adalah litar terkamir yang diperbuat dari silikon yang boleh didapati didalam pasir. Cip yang paling utama didalam sesuatu komputer ialah Cip Pemproses (Processor)

Cip Pemproses (Processor)

Ia akan menentukan kelajuan memproses data bagi sesebuah komputer. Antaranya :

i) 80826
ii) 80836 SX dan DX
iii) 80486 SX, DX2 dan DX4
iv) Pentium
v) Pentium Pro
vi) Pentium Pro MMX (Multimedia Extension)
vii) Pentium II

SX = 16 bit
DX = 32 bit
SL = menggunakan bekalan elektrik rendah dan digunakan pada komputer buku (notebook).

Kelajuan juga ditentukan oleh speed cycle yang diukur dalam Mega Hertz (MHz). Contohnya : 486DX 16MHz dan 486DX2 66MHz.

Antara syarikat-syarikat terkemuka yang mengeluarkan cip ialah :

i) Intel
ii) AMD (Advance Micro Device) AMD K5, AMD K6
iii) Cyrix 5x86, 6x86 (M1)
iv) PowerPC (IBM, Apple dan Motorola) CISC (Computer Instructions Set Computing), RISC (Reduce Instructions Set Computing)

Bus

Bus ialah laluan elektronik yang terdapat pada kad-kad kawalan pada papan utama (Motherboad). Lebih lebar bus maka lebih lajulah data di alirkan.

Di ukur dalam 8, 16, 32, 64 bit dan dalam MHz. Jenis-jenis bus ialah :

i) ISA (Industry Standard Architecture)
Ia adalah yang paling awal dan perlahan Hanya berkeupayaan 8MHz, 16 bit Bertujuan untuk menghantar data ke modem.

ii) VL-BUS (Video Local Bus)
Didapati didalam komputer jenis 486 keatas. Bertujuan menghantar data ke monitor. Berkeupayaan 66Mhz, 32 dan 64 bit.

iii) PCI-BUS (Peripheral Component Interconnect)
Ia adalah yang terbaru. Ia bertujuan mengawal alatan yang berkeupayaan tinggi. Berkeupayaan 66MHz, 32 dan 64 bit. Boleh didapati didalam komputer jenis Pentium dan Pentium Pro keatas.